Wednesday 17 September 2014

ANAK TAK BERSELERA MAKAN...ADUH RISAUNYA!

Assalamualaikum pembaca blog mamaimanhumaira. Diharap anda sihat di samping keluarga tersayang.

Wahai ibu, mama, mummy, umi, mak....
Risau kan kalau tengok anak-anak membesar tanpa zat yang mencukupi? Kurus je, tak berapa nak ada isi. Sebab anak terlalu memilih dalam bab-bab makan ni.

Nasi kadang tu makan  banyak, kadang tu sikit je dia makan. Ikan dan ayam pun suka tapi sayur-sayuran dan buah-buahan punya la payah dia nak makan.

Dah macam-macam cara, macam-macam masakan dah buat untuk naikkan selera anak-anak atau cuba pikat anak-anak untuk gemarkan sayur dan buah-buahan. Tapi anak tetap tolak.

Hmmm....pening2....risau2...
Macamana nak buat ni? Ok dah..jangan risau lagi pasni. Saya ada solusinya.

MEAL SHAKE LAH PENYELESAIANNYA


Dengan Meal Shake, InsyaAllah masalah ini dapat diselesaikan.
Dengan hanya SATU sudu sehari, pelengkap kepada semua nutrient yang diperlukan oleh kanak-kanak.
SATU sudu mempunyai 23 jenis vitamin yg diperlukan.
Baunya pun best...bau vanila.

BULAN PROMOSI MEAL SHAKE

Oh ye, bulan ni (September 2014) ada promosi untuk Meal Shake. BUY 3 FREE 1. Untung ke untung?
Eh..eh..banyaknya 3 tong. Nak buat apa banyak2? Hmm...apakata pakat share dgn kawan2 atau adik beradik yg lain.  Kan dah jimat banyak.

1 tong Meal Shake boleh tahan sehingga lebih sebulan. Memang berbaloi sangat-sangat.

KEBAIKAN MEALSHAKE

Meal Shake ni bukan sahaja untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah selera makan, malah  untuk anak-anak yang mempunyai asma, kerap demam dan selsema.

Oh ya..Meal Shake ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh.

Tak rugi kita invest sedikit duit kita tu untuk melihat anak-anak kita sihat dan membesar sebagai kanak-kanak yang riang.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jangan segan-segan untuk contact saya. Saya sedia membantu ibu-ibu. InsyaAllah.

Semoga entry ini memberi manfaaat buat anda sekalian.


SMS/WHATSAPP 0174768971
FB : yunizahanim

Saturday 19 April 2014

TIPS DIET UNTUK RATAKAN PERUT BUNCIT

Ramai wanita selalunya akan risau apabila perut yang dulu kempis tetapi sekarang terutamanya selepas bersalin dah membuncit.



Hari ni saya nak bagi tips untuk meratakan perut yang buncit tanpa memerlukan kos yang mahal.


  1. Makan dengan sihat dan sila kurangkan makan makanan ringan. Anda boleh gantikan gula-gula dan jajan / cikedis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih berkhasiat.
  2. Banyakkan makan protein tanpa lemak. Contohnya kekacang dan daging tanpa lemak.
  3. Memakan makanan bijirin penuh. Anda perhatikan tanda/label "100% whole wheat" atau "100% whole grain". Bijirin penuh akan memastikan perut anda berasa kenyang yang lama. 
  4. Pilihlah produk tenusu yang rendah lemak. So lepas ni sila beralih daripada produk tenusu yang tinggi lemak kepada produk yang rendah lemak, kaya dengan protein dan vitamin B6.
  5. Anda perlu mengambil jumlah makanan yang lebih kecil setiap hari. 
  6. Memakan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicernakan. Oleh itu, anda akan berasa kenyang lebih lama. Badan anda akan menyerap nutrien secara perlahan-lahan. Ini dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya. Contoh makanan yang rendah glisemik ialah kubis, lobak, tomato, pisang, epal, beri.
  7. Yang ni ramai yang buat. Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum anda tidur. badan akan lambat untuk memproses apabila kita tidur dan sekaligus tidak mencerna makanan dengan betul ketika tidur.
  8. Minum air kosong atau air masak. Gantikan minuman bergula dan soda.
  9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana garam menyebabkan badan mengekalkan air yang membuatkan anda kelihatan kembung terutamanya di bahagian perut.

Jika anda rasakan tips ini bermanfaat, sila klik SHARE.

Call/SMS/Whatsapp : 0174768971
Facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim?ref=tn_tnmn

Saturday 22 March 2014

SET RAMBUT SIHAT SHAKLEE

Masa menyapu rumah tadi, merata-rata ada rambut. Banyak lak tu. Sedih tul tengok. husband pun dah bising-bising sebab rumah bersepah dengan rambut. Tak boleh jadi ni, kena buat sesuatu. Kalau dibiarkan botak lak nanti kepala ni. Ekekeke...

Rambut gugur tu memang la normal. Secara puratanya setiap hari keguguran sebanyak 70-100 sehari adalah normal. Tapikan kalau rambut baru lambat untuk tumbuh semula tu yang masalah tu.




Kenapa rambut gugur berlaku? 

Antara punca berlakunya keguguran rambut adalah: 
  • Tekanan
  • Kerap memakan makanan segera dan makanan yang mengdungi MSG
  • Genetik / keturunan
  • Faktor pengambilan ubat tertentu
  • Faktor hormon terutamanya kepada ibu-ibu selepas melahirkan anak
  • Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia

Rambut perlukan protein

Tahukah anda bahawa struktur rambut yang sihat memerlukan protein. Jadi, apabila rambut kita kekurangan protein tu lah punca rambut mudah gugur atau tidak sihat dan tidak berkilat.

Dari mana nak dapatkan sumber protein? Protein hakikatnya boleh didapati daripada sumber makanan harian kita seperti ayam, ikan, daging, kekacang dan banyak lagi.

Petua untuk atasi masalah keguguran rambut

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba petua orang dolu-dolu ye. Petuanya :

Ambil lendir daun lidah buaya, lendir daun bunga raya dan lendir daun litup bumi. Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam satu bekas dan campurkan sedikit minyak zaitun. Sapukan bahan-bahan tadi ke seluruh rambut dan balutkan dengan tuala bersih selama setengah jam. Bangun keesokan paginya bilas rambut tadi sebersihnya. Anda boleh amalkan seminggu sekali. InsyaAllah rambut anda akan lebat malah juga lambat beruban.






Rangkaian Set Rambut Sihat Shaklee

Anda boleh cuba rangkaian produk Shaklee yang sangat membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat.



Selain itu, anda perlu pastikan minum air sekurang-kurang 3 liter sehari untuk membantu penyerapan suplemen yang sempurna. Pastikan anda menggunakan sikat yang lembut dan sisir sikat yang jarang.

Untuk anda yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah rambut gugur, inilah suplemen yang sangat disyorkan.

Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen ini dan saya bersedia memberikan konsultasi secara PERCUMA kepada anda.

Facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim
Call/SMS/Whatsapp : 0174768971

Saturday 15 March 2014

TIPS UNTUK TUMIT KAKI PECAH

Assalamualaikum.


Ada sesiapa yang tumit kakinya pecah?  Dah cuba macam-macam cara tapi belum berhasil? Hari ni saya nak kongsi petua untuk atasi masalah ni.

Petua Tradisional

Semua orang mengimpikan tumit kaki yang licin dan cantik kan. Okey, kat bawah ni saya senaraikan antara petua yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki pecah.

Buah Belimbing Buluh 



Sebelum mandi, gosokkan buah belimbing buluh di tapak kaki dan biarkan seketika. Kemudian ambil kain yang lembut dan gosokkan tapak kaki anda untuk menghilangkan kesan buah tadi.

Asam Jawa / Asam Keping


Ambil asam jawa atau asam keping dan bancuhkan dalam sebesen air dan kemudian masukkan kedua-dua kaki. Lakukannya pada waktu malam sambil anda menonton tv. Lakukan sebanyak 3-4 kali seminggu.

Bawang Merah



Ambil beberapa biji bawang merah dan picit-picitkan sehingga keluar air. Air bawang itu taadi titiskan ke tempat yang pecah-pecah atau seluruh tumit kaki.

Getah Betik Muda



Ambil getah betik muda dan sapukan di tumit kaki yang merekah itu. Biarkan sehingga 5minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan.

Bawang Putih



Rendamkan kaki dalam air suam dan gosokkan bawang putih di tumit kaki.

Merawat Tumit Kaki Dengan ESP




Petua moden pulak ye iaitu adalah dengan mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP). Kenapa ESP?

Kerana  dalam ESP terkandung protein yang diperlukan unutk merawat dan membaiki sel-sel yang telah rosak dan membina sel-sel baru.

Selain itu, anda perlu minum air banyak untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan ini membantu untuk mendapatkan tumit kaki yang licin dan cantik.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA melalui :

Call/SMS/Whatsapp : 0174768971
Facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim


Friday 14 March 2014

SUSU IBU SUSU TERBAIK

Susu Ibu Tiada Tandingan

Alangkah bahagianya jika dapat menyusukan bayi secara eksklusif dari lahir sehingga 6 bulan dan kemudiannya diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun.

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi.

Seperti yang kita semua tahu, banyak khasiat dan kelebihan dari susu ibu ini.







Kelebihan Susu Kepada Bayi

Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai sistem imunisasi yg sangat baik. Ini kerana kandungan susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin yg baik.

Bayi yang diberi susu ibu tidak mudah terkena sembelit, colic dan gangguan perut yang lain.

Bayi yang mendapat susu ibu akan membesar dengan sihat dan kuat kerana tidak mudah dijangkiti penyakit.

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi, persediaan awal perlu dilakukan. Persediaan yang dimaksudkan adalah dari segi mental dan fizikal.

Banyak maklumat yang berguna dapat dicari daripada internet, majalah keibubapaan dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya.






Kelebihan Yang Diperolehi Oleh Ibu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak turut mendapat faedah atau kelebihan dari penyusuan ini.

Dikatakan ibu itu tadi dapat menurunkan berat badan secara semulajadi dan lebih cepat.

Selain itu, rahim juga dapat mengecut dengan mudah. Hormon oksotosin di dalam susu ibu itu bertindak dalam pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. 

Berbeza dengan ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka, rahim mereka sukar untuk mengecut kembali kepada keadaan asal.

Dengan menyusukan bayi, hubungan ibu dan juga bayi itu bertambah erat.

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Di bawah ni antara tips-tips untuk banyakkan susu ibu :
  • Minum air masak secukupnya sekurang-urangnya 3liter sehari
  • Kerap mengepam / menyusukan bayi (fahamkan konsep Supply and Demand)
  • Jangan skip makan dan pastikan ambil makanan yang berkhasiat.
  • Bagi ibu yang bekerjaya dan tidak dapat mengambila makanan yang seimbang, ambillah suplemen yang dapat membantu tubuh anda kekal sihat dan bertenaga.
  • Jangan stress. Jika anda stress susu ibu tidak dapat dihasilkan dengan baik
  • Banyakkan membaca dan mencari ilmu penyusuan
  • Berdoa pada Allah supaya dapat menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun
Mudah-mudahan entry ini memberi anda sedikit pengetahuan dan tips-tips untuk menjayakan penyusuan bayi anda.


Saturday 8 March 2014

CARA PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE

Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsikan cara pengambilan untuk Set Kurus Shaklee. Mesti ada di antara anda masih terkial-kial lagi nak makan Set Kurus Shaklee ni kan. Ok, don't worry, saya bersedia untuk membantu.

Cara pengambilan Set Kurus Shaklee

Dalam entry sebelum ni saya ada terangkan pasal Set Kurus Shaklee yang terdiri dari 3 konsep utama iaitu Konsep Bakar, Konsep Buang dan Konsep Bina. Boleh klik SINI. 



Bagi anda yang mengambil Herb Lax dalam set ini, untuk 3 hari pertama ambil Herb Lax SAHAJA

Cara makan bagi mereka yang berumur bawah 30-an adalah makan 2 biji sebelum tidur bagi 3 hari pertama. Kemudian pada minggu seterusnya makan sebiji selang sehari. Bermakna 4 biji untuk seminggu.

Bagi mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas, cara makannya 4 biji sebelum tidur selama 3 hari pertama.
Untuk minggu yang seterusnya, 8 biji seminggu iaitu selang sehari. (2biji setiap 2 hari sekali).

Pada hari keempat, ambil Lecithin atau Omega Guard. Cara makan Lecithin adalah 2 biji selepas breakfast, 2 biji selepas makan tengahari dan 2 biji selepas dinner. Ataupun anda juga boleh ambil 3biji Lecithin selepas breakfast dan 3 biji selepas dinner. 

Omega Guard pulak diambil sebiji selepas breakfast, sebiji selepas lunch dan sebiji selepas dinner.

Kemudian bagi anda yang memilih Alfafa dalam konsep buang, cara makannya adalah 5biji selepas breakfast dan 5 biji selepas dinner. Oh ye, perlu diingatkan yang Alfafa ni sedikit panas. 

Jadi bagi anda yang baru nak mencuba Alfafa tu, better start dengan kuantiti yang sedikit dahulu tau. Kemudian bila badan dah serasi dengan Alfafa, baru anda tambahkan dos Alfafa tu. 

Dan bagi ESP atau Cinch Shake pulak, cara pengambilannya anda bancuh 1 scoop ESP atau Cinch Shake setiap pagi dan petang. Tujuan supaya anda tidak mengambil makanan yang berat atau banyak ketika dinner. 

Anda boleh bancuh ESP dengan apa-apa minuman kecuali yang berkafein. Dan pastikan ESP atau Cinch tidak dibancuh dengan air panas untuk mengelakkan proteinnya musnah pada suhu yang tinggi. 

Untuk resipi ESP, anda boleh refer SINI.

Tips Diet

  1. Ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dahulu sebab ada mereka yang badan shape on dahulu barulah berat badan turun.
  2. Anda kena konsisten dan jangan ingat berat badan boleh turun dalam masa sehari! No..no..no. Apa yang perlu anda lakukan adalah letak target jangka pendek 3 bulan.
  3. Stagnant period = normal untuk long term diet. Anda cuma perlu continue diet se[erti biasa sebab badan sedang shape-on semasa stagnant period.
  4. WAJIB ambil sarapan. Kita tidur lebih kurang 6-8 jam sehari dan sepanjang tempoh itu perut jadi berasid. Sekurang-kurang apabila bangun pagi, alas perut dengan segelas air untuk meneutralkan asid tersebut. Dengan bersarapan anda akan kekal bertenaga sepanjang hari.
  5. JANGAN skip meal. Bagi yang jenis suka mengunyah tu, makan banyak kali tapi make sure dalam kuantiti yang sedikit. 
  6. Dinner pulak kalau tak mau makan yang berat-berat, ambil light meal pun kira ok walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. 
  7. Ambil nasi sekurang-kurangnya sekali sehari. Diet tanpa nasi adalah salah kerana badan kita memerlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik dari roti, mee dan pasta.
  8. Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  9. Portion plate pun kena jaga ye. Separuh pinggan nasi + 1/4 sayur + 1/4 lauk. Kalau lapar tambah lauk dan sayur bukan tambah nasi.
  10. Ambil buah-buahan sebelum makan nasi. Ini akan membantu anda cepat kenyang dan kurangkan pengambilan makanan.
  11. Bersenam dapat membantu program diet anda. Anda dapat lakukan 2-4 kali seminggu pun dah memadai.
  12. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak.


Saya doakan anda berjaya dalam program diet yang sihat ini. Semoga anda mendapat berat badan yang ideal.

Terima kasih kerana memilih Shaklee untuk kekal sihat dan cergas selalu.

Untuk konsultasi percuma, boleh hubungi saya ye. Jangan segan-segan.

Call/SMS/whatsapp : 0174768971
Facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim

Friday 7 March 2014

ESP...OH ESP...

Huru hara Shaklee sekarang ni. Bulan March 2014 ni bulan promo ESP, buy 6 FREE 1. Memang untunglah sapa yang dapatkan ESP time promo ni.

Giler jimat.

ESP tu apa?

Rasanya ramai yang dah kenal apa itu ESP kan. Maklumlah produk TOP! Tapi takpe lah saya perkenalkan jugak ESP ni, mungkin ada segelintir yang belum tau apa itu ESP.

ESP ni dihasilkan dari kacang soya baka tulen (NON GMO) yang sihat dan tidak berbahaya kepada kesihatan kita. Ia mengandungi 22 jenis asid amino, yang penting ia rendah lemak dan rendah kolesterol. Oleh itu, ESP merupakan sumber protein terbaik untuk tubuh kita.


Kebaikan ESP

  1. Membantu pembentukan sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel yang rosak.
  2. Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  3. Mengenyangkan bagi mereka yang dalam proses untuk menurunkan berat badan.
  4. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  5. Memberi tenaga yang berpanjangan.
  6. Menjadikan kulit lebih halus, gebu dan berseri.
  7. Mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Siapa yang perlukan ESP?

  • Ibu yang sibuk dan bekerjaya - ESP memberi tenaga yang berpanjangan, badan akan lebih sihat dan kekal cergas.
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan - ESP mengenyangkan, so tak terasa lapar sangat.
  • Ibu yang menyusukan anak - membantu untuk membanyakkan pengeluaran susu badan. (perlu diingat, pengambilan air yang secukupnya dan mengepam susu secara konsisten adalah amat penting-konsep supply vs demand)
  • Pesakit kencing manis - ESP mengandungi indeks glisemik yang rendah, membantu mengawal paras glukosa dan melambatkan penyerapan glukosa dalam darah.
  • Mereka yang mementingkan kecantikan - ESP dipercayai boleh menghasilkan kulit yang halus, gebu dan berseri serta menghilangkan jerawat.
  • Ibu hamil - membekalkan protein yang penting kepada perkembangan otak bayi dan pembentukan otot bayi. Ia juga memberikan kesihatan yang optimum kepada ibu.
  • Pelajar/Pekerja/individu dewasa/warga emas -  memberi tenaga atau energy booster.

Testimoni ESP

Muka makin cerah..yeah

Ni ibu-ibu menyusu pasti suka, ESP memekatkan susu

Muka berseri, susu badan banyak dan berat turun.

Ok, bagi anda yang teruja untuk merasai khasiat ESP ni, boleh hubungi saya di :

Call/sms/whatsapp : 0174768971
facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim

Wednesday 26 February 2014

Kurus & Sihat Dengan Shaklee

Bismillah.

Petang ni nak share tentang Set Kurus Shaklee pulak la. Topik HOT ni. Almaklum la kan, pompuan ni kan sensitif sikit bab-bab ni. Lagi sensitif kalau orang tegur "eh, macam dah gemuk la kau ni". Mau 'makan dalam' wooo...


Dah tak payah runsing, tak payah nak terasa lagi ok...Jom kita tengok apa yang Shaklee boleh offer dalam Set Kurus ni. 


3 Konsep - Bakar, Buang & Bina

Dalam Set Kurus Shaklee, terdapat 3 konsep yang diperlukan untuk mendapatkan berat badan ideal di mana proses ini diperakui ramai yang dah mencubanya.

Konsep Bakar 

Dalam proses untuk membakar dan memecahkan lemak dalam badan, terdapat dua pilihan suplemen iaitu Lecithin dan Omega Guard. 

  • Omega Guard - Asid Lemak Omega 3 berfungsi untuk membakar lemak dengan cara membantu tubuh untuk bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin ini akan bertindak untuk memberi isyarat kepada tubuh kita untuk mengurangkan selera makan.
  • Lecithin - pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak di mana ia menyebabkan lemak terapung dalam darah. Selain itu ia juga mencairkan lemak-lemak yang terkumpul dalam tubuh.
So, anda boleh buat pilihan samada untuk mengambil Lecithin ATAU Omega Guard ATAU kedua-duanya sekali.

Konsep Buang (Detox) 

Untuk konsep yang kedua pulak iaitu Buang, suplemen yang dapat membantu adalah Alfafa dan Herb Lax.


  • Alfafa - berfungsi untuk mencuci usus, hati dan darah kemudian bertindak menghapuskan lemak dan kolesterol dengan mengangkut keluar melalui usus besar kita. 
  • Herb Lax - berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Herb Lax tidak boleh di ambil oleh ibu menyusu kerana akan menyebabkan bayi cirit birit.

Konsep Bina

Apa yang dimaksudkan dengan konsep bina? Bina maksudnya membina kembali otot-otot dan kulit supaya kelihatan lebih cantik dan tidak menggelebeh. Oleh itu, protein amat diperlukan dalam proses ini.
Protein dapat dibina dengan pengambilan :


  • ESP (Energizing Soy Protein) - dapat membuatkan kita berasa kenyang dan meningkatkan tenaga supaya badan lebih cergas dalam menjalani aktiviti seharian. Selain itu, ia juga membina kembali otot dan kulit supaya lebih tegang.
  • Cinch Shake - membantu memelihara otot yang penting dan menjadikan kita sentiasa berasa kenyang. Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa kita menurunkan berat badan. Terdapat 3 perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte & Vanilla.

Apa yang bestnya dengan Set Kurus Shaklee ni ialah selain ia 100% semulajadi, ia selamat kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Di samping mengamalkan Set Kurus Shaklee, kita perlu bersenam selalu dan mengawal pengambilan makanan dengan mengelakkan makanan yang berlemak. Oh ya, air pun kena minum sekurang-kurangnya 3liter setiap hari.




Untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA, anda boleh hubungi saya melalui :

facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim
call/sms/whatsapp : 0174768971


Friday 21 February 2014

Ebook PERCUMA -Kisah motivasi usahawan berjaya

As salam.

Buat anda yang masih tercari-cari peluang untuk mencari side income atau pun peluang bisnes tanpa memerlukan modal yang besar, jemput baca ebook ini secara PERCUMA.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/yuniza

Ebook ini menceritakan kisah 'perjalanan' seorang Engineer yang terjun ke dunia bisnes dari ZERO, akhirnya menjadi HEROin.

Apa yang anda akan dapat dari ebook ini?

  1. Teknik menjemput rezeki
  2. Bagaimana utk mencuci otak utk membuka hati untuk membuat bisnes
  3. Menghayati pengalaman sebenar seorang usahawan
  4. Tips bagaimana memulakan perniagaan
  5. Dapat memahami kenapa melakukan bisnes secara online
  6. Selesa yang tidak selesa

Apa kata mereka yang dah pun membaca ebook ini?

"Alhamdulillah, baru habis baca. Sangat bermotivasi. Modalnya hanya sekeping hati yang kental." - Puan Noorhafizah Che Hussin (Usahawan Online)

"Alhamdulillah..dah habis baca. Thanks coz banyak membantu dan bagi motivasi. Semoga dirahmati dan diberkati Allah." - Puan Ct Hawa (Usahawan Online)

"MasyaAllah. Tidak percaya yang buku ini percuma. saya kini amat jelas yang berniaga itu amat mudah dan menyeronokkan." - Encik Arham Zulqarnaen (System Developer)


Saturday 15 February 2014

RESIPI ESP

Assalamualaikum

Petang ni nak kongsi resipi ESP.

Ada 20 resipi yang boleh dicuba




Peringatan :
  • Jangan bancuh ESP dengan air panas kerana protein mudah musnah dalam suhu tinggi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari kerana berat untuk kidney kita nak proses protein yang berlebihan
  • Jangan campur ESP dengan minuman berkafein seperti kopi & teh
  • Boleh diambil oleh semua golongan termasuk kanak-kanak 1 tahun ke atas tapi sila kurangkan dos ye


Hehe..tu je nak crita petang ni. Selamat mencuba

Bagi yang nak mencuba khasiat ESP ni boleh hubungi saya di:

sms/call/whatsapp : 0174768971
facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim

Friday 14 February 2014

B COMPLEX SHAKLEE

B Complex 


"Eh, kenapa air kencingku warna kuning ni ek, selalu tak macam ni pun, normal ke tak ni?".

Jangan risau, jangan gusar. Actually tu adalah normal dan bagus. Kenapa bagus?
Jom baca sampai habis.

Itu tandanya vitamin B complex bertindakbalas dengan badan kita dan menjalankan 'tugasnya'.
Apa yang perku dilakukan adalah teruskan mengambil B Complex setiap hari di samping pengambilan air dengan banyak.

Apa yang menyebabkan ia berwarna kuning?


Sebenarnya dalam B Complex mengandungi B2 (Riboflavin) di mana molekulnya bewarna kuning dan sifat B complex yang larut air. Hanya di awal-awal pengambilan B Complex sahaja air kencing akan bewarna kuning. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan banyak dan lama-kelamaan ia akan back to normal.

Kenali warna urin anda


Kuning pucat - Normal
Kuning cerah/terang - disebabkan pengambilan B Complex
Kuning gelap - dehidrasi atau pun disebabkan pengambilan B Complex
Coklat - sedang mengambil ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Keruh/putih susu - jangkitan pada saluran kencing atau kencing kotor atau penyakit batu karang
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Caratomax atau Vitamin C
Merah/pink - jangkitan pada buah pinggang atau penyakit yg berkaitan
Biru/hijau - kesan pengambilan ubat-ubatan atau anda menghidapi penyakit yg dipanggil Blue Diaper Syndrom

Jumpa doktor

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut jika warna air kencing anda menunjukkan warna yang tidak normal.



Untuk konsultasi secara percuma, anda boleh hubungi saya di :

Sms/call/whatsapp 0174768971
Facebook : yunizahanim


Saturday 8 February 2014

KELAS COACHING DENGAN MASTER LAILA

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, Sabtu saya pergi kelas coaching yang dianjurkan oleh Master Laila kat Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Saya pergi dengan ditemani oleh suami dan anak yang ketiga, Humaira. Oh ye, dalam kelas ni, suami boleh ikut begitu jugak dengan anak-anak. Kan best macam tu. Ibu-ibu tekun mendengar penerangan dari Master Laila manakala anak-anak bermain kat belakang kelas.


Apa yang saya belajar

Banyak sebenarnya yang diajar dalam kelas ni. Mula-mula diceritakan serba ringkas tentang latar belakang Master Laila dan pembabitan beliau dalam Shaklee. 

Kemudian kami diajar untuk mengira bonus. Sekarang baru la saya clear macam mana nak kira bonus.

Dalam kelas ni jugak kami diajar cara-cara membuat ayat promosi iaitu 5 Lampu Ajaib. Apa tu? Ops, yang ni khas untuk mereka yang berdaftar dalam group Jutawan je tau.
                        


Harapan dengan Shaklee

Sesiapa pun kalau menjalankan bisnes mesti nak bisnesnya bertambah maju dan sukses. Begitu jugak dengan saya. Dengan adanya ilmu, dapatlah saya aplikasikan dalam bisnes Shaklee ni.

Sebahagian peserta yang hadir menuntut ilmu.

Amik aura Master Laila

Oh ye, lepas abis kelas kami semua dijemput menjamu selera di Cafe Cinta Sayang Resort. Makanannya pun sedap-sedap. Dah la dapat ilmu, dapat makan pulak tu. Terima kasih Master.

InsyaAllah pasni saya akan join lagi mana-mana kelas untuk memantapkan lagi ilmu.

VITA-LEA SHAKLEE - PENAWAR ANEMIA DAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak crita pasal Vita-Lea pulak. Bulan ni (Februari 2014) promo untuk Vita-Lea. Buy 6 free 1. Wow wee...best ke best?

Sebelum tu mai crita dulu apa tu Vita-Lea.

Apa itu Vita-Lea 

Buat pengetahuan, vitamin pertama ciptaan Dr Forest C. Shaklee adalah VITA-LEA. Vita-Lea diformulasikan daripada 28 vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Sebab itu ia digelar KILLER PRODUCT of SHAKLEE. Bayangkan 2 biji vita lea bersamaan 40 mangkuk hidangan lauk! Wow banyak tu. Larat ke kita nak makan sampai 40 mangkuk untuk mendapatkan vitamin yang diperlukan tubuh kita? Tak mampu la.

Penawar Anemia dan Darah Rendah

Anda ada masalah anemia dan darah rendah? Kebanyakan ibu-ibu mengandung sering mengalami darah rendah (hb low). Begitu jugak dengan saya sewaktu mengandung dulu. Kalau la masa tu saya dah jumpa Shaklee ni kan, confirm saya tak kena cucuk kt lengan untuk check hb. Ye la, mula-mula misi amik darah kt jari untuk check Hb, resultnya LOW walaupun dah telan obimin. Kemudian misi amik pulak darah kat lengan untuk tengok samada Hb still low ke atau ada perubahan. Pastu misi berleter la suruh makan hati ayam & kerang untuk naikkan Hb saya. Alamak, saya ni tak berapa suka dengan kerang dan hati ayam tu. Kalau makan pun setakat seketul je boleh, kalau banyak-banyak tak lalu la.
Sekarang ni kan, saya sangat-sangat suggest kan kepada ibu-ibu untuk cuba Vita Lea ni. Dengan 1-2 biji sehari insyaAllah masalah darah rendah dan anemia ni dapat diatasi.


Untuk mendapatkan Vita-Lea, anda boleh hubungi saya. Setiap pembelian dengan saya, anda akan diberikan konsultasi secara PERCUMA.

Hubungi saya di :
Sms/call/whatsapp : 0174768971
Facebook : yunizahanim
Email : yuniza5510@gmail.com


Friday 31 January 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal Set Hamil Shaklee pulak. Sapa-sapa yang planning untuk mengandung tu dan yang sedang hamil mai baca sini. Moga apa yang saya kongsikan memberi panduan dan manfaat kepada ibu-ibu ye.


Bagi trimester 1 (1-3 bulan), saya sarankan ibu-ibu ambil vitamin seperti :

Vita-Lea


Merupakan multivitamin yang kaya dengan zat besi yang sangat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Ia juga membantu mengekalkan paras Hemoglobin (Hb) yang normal dalam badan. Seterusnya mengelakkan ibu-ibu mengandung pitam, pucat dan mengalami anemia.

B Complex


Kandungan asid folik dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang. Seeloknya diambil 3 bulan sebelum hamil lagi iaitu ketika puan-puan merancang untuk hamil. Ia juga mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal.

Ostematrix

Merupakan pil kalsium yang membekalkan kepada tubuh kita untuk membina tulang dan sel bayi. Kekurangan kalsium akan membuatkan otot kita kejang dan sakit belakang. Selain itu, ia juga membantu melawaskan dan mengelakkan masalah sembelit.

Vitamin C 


Fungsinya adalah untuk membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga dapat mencegah komplikasi semasa hamil, menjadikan kulit lebih cantik, mengelakkan kita dari terkena selsema. InsyaAllah kulit bayi pun nanti akan halus, putih dan gebu gitu.

Ibu-ibu boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) dalam Set hamil ni.

Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) 


Memberi tenaga yang berkekalan kepada ibu-ibu hamil, ia juga membantu dalam penyerapan semua vitamin secara optimum. Kulit juga akan lebih cantik, gebu dan licin. 

Bila masuk trimester 2-3 (usia kandungan 4-9 bulan), vitamin yang diperlukan sama seperti trimester 1 cuma perlu ditambahkan Omega Guard. 

Omega Guard



Boleh diambil ketika kandungan memasuki trimester 2 sehingga trimester 3. Ia membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. Bagi ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dan membantu mengawal berat badan berlebihan secara selamat. 

Semoga apa yang saya kongsikan di sini memberi ibu-ibu panduan dalam memilih set hamil yang terbaik untuk ibu-ibu dan juga bayi. Saya juga berharap dengan pengambilan vitamin Shaklee membuatkan ibu-ibu lebih bertenaga di samping menguruskan kerja-kerja seharian dan famili tercinta.

Ok, dah tau fungsi-fungsi setiap vitamin dalam Set Hamil ni, jom kita baca pulak pengalaman mereka yang telah mencubanya




Untuk mendapatkan Set Hamil ini dan mendapatkan konsultasi PERCUMA, boleh hubungi saya di:

fb : https://www.facebook.com/yunizahanim
call/sms/ whatsapp : 0174768971