Wednesday 26 February 2014

Kurus & Sihat Dengan Shaklee

Bismillah.

Petang ni nak share tentang Set Kurus Shaklee pulak la. Topik HOT ni. Almaklum la kan, pompuan ni kan sensitif sikit bab-bab ni. Lagi sensitif kalau orang tegur "eh, macam dah gemuk la kau ni". Mau 'makan dalam' wooo...


Dah tak payah runsing, tak payah nak terasa lagi ok...Jom kita tengok apa yang Shaklee boleh offer dalam Set Kurus ni. 


3 Konsep - Bakar, Buang & Bina

Dalam Set Kurus Shaklee, terdapat 3 konsep yang diperlukan untuk mendapatkan berat badan ideal di mana proses ini diperakui ramai yang dah mencubanya.

Konsep Bakar 

Dalam proses untuk membakar dan memecahkan lemak dalam badan, terdapat dua pilihan suplemen iaitu Lecithin dan Omega Guard. 

  • Omega Guard - Asid Lemak Omega 3 berfungsi untuk membakar lemak dengan cara membantu tubuh untuk bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin ini akan bertindak untuk memberi isyarat kepada tubuh kita untuk mengurangkan selera makan.
  • Lecithin - pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak di mana ia menyebabkan lemak terapung dalam darah. Selain itu ia juga mencairkan lemak-lemak yang terkumpul dalam tubuh.
So, anda boleh buat pilihan samada untuk mengambil Lecithin ATAU Omega Guard ATAU kedua-duanya sekali.

Konsep Buang (Detox) 

Untuk konsep yang kedua pulak iaitu Buang, suplemen yang dapat membantu adalah Alfafa dan Herb Lax.


  • Alfafa - berfungsi untuk mencuci usus, hati dan darah kemudian bertindak menghapuskan lemak dan kolesterol dengan mengangkut keluar melalui usus besar kita. 
  • Herb Lax - berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Herb Lax tidak boleh di ambil oleh ibu menyusu kerana akan menyebabkan bayi cirit birit.

Konsep Bina

Apa yang dimaksudkan dengan konsep bina? Bina maksudnya membina kembali otot-otot dan kulit supaya kelihatan lebih cantik dan tidak menggelebeh. Oleh itu, protein amat diperlukan dalam proses ini.
Protein dapat dibina dengan pengambilan :


  • ESP (Energizing Soy Protein) - dapat membuatkan kita berasa kenyang dan meningkatkan tenaga supaya badan lebih cergas dalam menjalani aktiviti seharian. Selain itu, ia juga membina kembali otot dan kulit supaya lebih tegang.
  • Cinch Shake - membantu memelihara otot yang penting dan menjadikan kita sentiasa berasa kenyang. Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa kita menurunkan berat badan. Terdapat 3 perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte & Vanilla.

Apa yang bestnya dengan Set Kurus Shaklee ni ialah selain ia 100% semulajadi, ia selamat kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Di samping mengamalkan Set Kurus Shaklee, kita perlu bersenam selalu dan mengawal pengambilan makanan dengan mengelakkan makanan yang berlemak. Oh ya, air pun kena minum sekurang-kurangnya 3liter setiap hari.




Untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA, anda boleh hubungi saya melalui :

facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim
call/sms/whatsapp : 0174768971


Friday 21 February 2014

Ebook PERCUMA -Kisah motivasi usahawan berjaya

As salam.

Buat anda yang masih tercari-cari peluang untuk mencari side income atau pun peluang bisnes tanpa memerlukan modal yang besar, jemput baca ebook ini secara PERCUMA.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/yuniza

Ebook ini menceritakan kisah 'perjalanan' seorang Engineer yang terjun ke dunia bisnes dari ZERO, akhirnya menjadi HEROin.

Apa yang anda akan dapat dari ebook ini?

  1. Teknik menjemput rezeki
  2. Bagaimana utk mencuci otak utk membuka hati untuk membuat bisnes
  3. Menghayati pengalaman sebenar seorang usahawan
  4. Tips bagaimana memulakan perniagaan
  5. Dapat memahami kenapa melakukan bisnes secara online
  6. Selesa yang tidak selesa

Apa kata mereka yang dah pun membaca ebook ini?

"Alhamdulillah, baru habis baca. Sangat bermotivasi. Modalnya hanya sekeping hati yang kental." - Puan Noorhafizah Che Hussin (Usahawan Online)

"Alhamdulillah..dah habis baca. Thanks coz banyak membantu dan bagi motivasi. Semoga dirahmati dan diberkati Allah." - Puan Ct Hawa (Usahawan Online)

"MasyaAllah. Tidak percaya yang buku ini percuma. saya kini amat jelas yang berniaga itu amat mudah dan menyeronokkan." - Encik Arham Zulqarnaen (System Developer)


Saturday 15 February 2014

RESIPI ESP

Assalamualaikum

Petang ni nak kongsi resipi ESP.

Ada 20 resipi yang boleh dicuba




Peringatan :
  • Jangan bancuh ESP dengan air panas kerana protein mudah musnah dalam suhu tinggi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu besar sehari kerana berat untuk kidney kita nak proses protein yang berlebihan
  • Jangan campur ESP dengan minuman berkafein seperti kopi & teh
  • Boleh diambil oleh semua golongan termasuk kanak-kanak 1 tahun ke atas tapi sila kurangkan dos ye


Hehe..tu je nak crita petang ni. Selamat mencuba

Bagi yang nak mencuba khasiat ESP ni boleh hubungi saya di:

sms/call/whatsapp : 0174768971
facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim

Friday 14 February 2014

B COMPLEX SHAKLEE

B Complex 


"Eh, kenapa air kencingku warna kuning ni ek, selalu tak macam ni pun, normal ke tak ni?".

Jangan risau, jangan gusar. Actually tu adalah normal dan bagus. Kenapa bagus?
Jom baca sampai habis.

Itu tandanya vitamin B complex bertindakbalas dengan badan kita dan menjalankan 'tugasnya'.
Apa yang perku dilakukan adalah teruskan mengambil B Complex setiap hari di samping pengambilan air dengan banyak.

Apa yang menyebabkan ia berwarna kuning?


Sebenarnya dalam B Complex mengandungi B2 (Riboflavin) di mana molekulnya bewarna kuning dan sifat B complex yang larut air. Hanya di awal-awal pengambilan B Complex sahaja air kencing akan bewarna kuning. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan banyak dan lama-kelamaan ia akan back to normal.

Kenali warna urin anda


Kuning pucat - Normal
Kuning cerah/terang - disebabkan pengambilan B Complex
Kuning gelap - dehidrasi atau pun disebabkan pengambilan B Complex
Coklat - sedang mengambil ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Keruh/putih susu - jangkitan pada saluran kencing atau kencing kotor atau penyakit batu karang
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Caratomax atau Vitamin C
Merah/pink - jangkitan pada buah pinggang atau penyakit yg berkaitan
Biru/hijau - kesan pengambilan ubat-ubatan atau anda menghidapi penyakit yg dipanggil Blue Diaper Syndrom

Jumpa doktor

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut jika warna air kencing anda menunjukkan warna yang tidak normal.



Untuk konsultasi secara percuma, anda boleh hubungi saya di :

Sms/call/whatsapp 0174768971
Facebook : yunizahanim


Saturday 8 February 2014

KELAS COACHING DENGAN MASTER LAILA

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, Sabtu saya pergi kelas coaching yang dianjurkan oleh Master Laila kat Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Saya pergi dengan ditemani oleh suami dan anak yang ketiga, Humaira. Oh ye, dalam kelas ni, suami boleh ikut begitu jugak dengan anak-anak. Kan best macam tu. Ibu-ibu tekun mendengar penerangan dari Master Laila manakala anak-anak bermain kat belakang kelas.


Apa yang saya belajar

Banyak sebenarnya yang diajar dalam kelas ni. Mula-mula diceritakan serba ringkas tentang latar belakang Master Laila dan pembabitan beliau dalam Shaklee. 

Kemudian kami diajar untuk mengira bonus. Sekarang baru la saya clear macam mana nak kira bonus.

Dalam kelas ni jugak kami diajar cara-cara membuat ayat promosi iaitu 5 Lampu Ajaib. Apa tu? Ops, yang ni khas untuk mereka yang berdaftar dalam group Jutawan je tau.
                        


Harapan dengan Shaklee

Sesiapa pun kalau menjalankan bisnes mesti nak bisnesnya bertambah maju dan sukses. Begitu jugak dengan saya. Dengan adanya ilmu, dapatlah saya aplikasikan dalam bisnes Shaklee ni.

Sebahagian peserta yang hadir menuntut ilmu.

Amik aura Master Laila

Oh ye, lepas abis kelas kami semua dijemput menjamu selera di Cafe Cinta Sayang Resort. Makanannya pun sedap-sedap. Dah la dapat ilmu, dapat makan pulak tu. Terima kasih Master.

InsyaAllah pasni saya akan join lagi mana-mana kelas untuk memantapkan lagi ilmu.

VITA-LEA SHAKLEE - PENAWAR ANEMIA DAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak crita pasal Vita-Lea pulak. Bulan ni (Februari 2014) promo untuk Vita-Lea. Buy 6 free 1. Wow wee...best ke best?

Sebelum tu mai crita dulu apa tu Vita-Lea.

Apa itu Vita-Lea 

Buat pengetahuan, vitamin pertama ciptaan Dr Forest C. Shaklee adalah VITA-LEA. Vita-Lea diformulasikan daripada 28 vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Sebab itu ia digelar KILLER PRODUCT of SHAKLEE. Bayangkan 2 biji vita lea bersamaan 40 mangkuk hidangan lauk! Wow banyak tu. Larat ke kita nak makan sampai 40 mangkuk untuk mendapatkan vitamin yang diperlukan tubuh kita? Tak mampu la.

Penawar Anemia dan Darah Rendah

Anda ada masalah anemia dan darah rendah? Kebanyakan ibu-ibu mengandung sering mengalami darah rendah (hb low). Begitu jugak dengan saya sewaktu mengandung dulu. Kalau la masa tu saya dah jumpa Shaklee ni kan, confirm saya tak kena cucuk kt lengan untuk check hb. Ye la, mula-mula misi amik darah kt jari untuk check Hb, resultnya LOW walaupun dah telan obimin. Kemudian misi amik pulak darah kat lengan untuk tengok samada Hb still low ke atau ada perubahan. Pastu misi berleter la suruh makan hati ayam & kerang untuk naikkan Hb saya. Alamak, saya ni tak berapa suka dengan kerang dan hati ayam tu. Kalau makan pun setakat seketul je boleh, kalau banyak-banyak tak lalu la.
Sekarang ni kan, saya sangat-sangat suggest kan kepada ibu-ibu untuk cuba Vita Lea ni. Dengan 1-2 biji sehari insyaAllah masalah darah rendah dan anemia ni dapat diatasi.


Untuk mendapatkan Vita-Lea, anda boleh hubungi saya. Setiap pembelian dengan saya, anda akan diberikan konsultasi secara PERCUMA.

Hubungi saya di :
Sms/call/whatsapp : 0174768971
Facebook : yunizahanim
Email : yuniza5510@gmail.com