Friday 14 March 2014

SUSU IBU SUSU TERBAIK

Susu Ibu Tiada Tandingan

Alangkah bahagianya jika dapat menyusukan bayi secara eksklusif dari lahir sehingga 6 bulan dan kemudiannya diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun.

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi.

Seperti yang kita semua tahu, banyak khasiat dan kelebihan dari susu ibu ini.







Kelebihan Susu Kepada Bayi

Bayi yang menyusu susu ibu mempunyai sistem imunisasi yg sangat baik. Ini kerana kandungan susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin yg baik.

Bayi yang diberi susu ibu tidak mudah terkena sembelit, colic dan gangguan perut yang lain.

Bayi yang mendapat susu ibu akan membesar dengan sihat dan kuat kerana tidak mudah dijangkiti penyakit.

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi, persediaan awal perlu dilakukan. Persediaan yang dimaksudkan adalah dari segi mental dan fizikal.

Banyak maklumat yang berguna dapat dicari daripada internet, majalah keibubapaan dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya.






Kelebihan Yang Diperolehi Oleh Ibu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak turut mendapat faedah atau kelebihan dari penyusuan ini.

Dikatakan ibu itu tadi dapat menurunkan berat badan secara semulajadi dan lebih cepat.

Selain itu, rahim juga dapat mengecut dengan mudah. Hormon oksotosin di dalam susu ibu itu bertindak dalam pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. 

Berbeza dengan ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka, rahim mereka sukar untuk mengecut kembali kepada keadaan asal.

Dengan menyusukan bayi, hubungan ibu dan juga bayi itu bertambah erat.

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Di bawah ni antara tips-tips untuk banyakkan susu ibu :
  • Minum air masak secukupnya sekurang-urangnya 3liter sehari
  • Kerap mengepam / menyusukan bayi (fahamkan konsep Supply and Demand)
  • Jangan skip makan dan pastikan ambil makanan yang berkhasiat.
  • Bagi ibu yang bekerjaya dan tidak dapat mengambila makanan yang seimbang, ambillah suplemen yang dapat membantu tubuh anda kekal sihat dan bertenaga.
  • Jangan stress. Jika anda stress susu ibu tidak dapat dihasilkan dengan baik
  • Banyakkan membaca dan mencari ilmu penyusuan
  • Berdoa pada Allah supaya dapat menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun
Mudah-mudahan entry ini memberi anda sedikit pengetahuan dan tips-tips untuk menjayakan penyusuan bayi anda.


No comments:

Post a Comment