Saturday 19 April 2014

TIPS DIET UNTUK RATAKAN PERUT BUNCIT

Ramai wanita selalunya akan risau apabila perut yang dulu kempis tetapi sekarang terutamanya selepas bersalin dah membuncit.



Hari ni saya nak bagi tips untuk meratakan perut yang buncit tanpa memerlukan kos yang mahal.


  1. Makan dengan sihat dan sila kurangkan makan makanan ringan. Anda boleh gantikan gula-gula dan jajan / cikedis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih berkhasiat.
  2. Banyakkan makan protein tanpa lemak. Contohnya kekacang dan daging tanpa lemak.
  3. Memakan makanan bijirin penuh. Anda perhatikan tanda/label "100% whole wheat" atau "100% whole grain". Bijirin penuh akan memastikan perut anda berasa kenyang yang lama. 
  4. Pilihlah produk tenusu yang rendah lemak. So lepas ni sila beralih daripada produk tenusu yang tinggi lemak kepada produk yang rendah lemak, kaya dengan protein dan vitamin B6.
  5. Anda perlu mengambil jumlah makanan yang lebih kecil setiap hari. 
  6. Memakan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicernakan. Oleh itu, anda akan berasa kenyang lebih lama. Badan anda akan menyerap nutrien secara perlahan-lahan. Ini dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya. Contoh makanan yang rendah glisemik ialah kubis, lobak, tomato, pisang, epal, beri.
  7. Yang ni ramai yang buat. Jangan makan apa-apa kira-kira dua jam sebelum anda tidur. badan akan lambat untuk memproses apabila kita tidur dan sekaligus tidak mencerna makanan dengan betul ketika tidur.
  8. Minum air kosong atau air masak. Gantikan minuman bergula dan soda.
  9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana garam menyebabkan badan mengekalkan air yang membuatkan anda kelihatan kembung terutamanya di bahagian perut.

Jika anda rasakan tips ini bermanfaat, sila klik SHARE.

Call/SMS/Whatsapp : 0174768971
Facebook : https://www.facebook.com/yunizahanim?ref=tn_tnmn