Saturday 8 February 2014

KELAS COACHING DENGAN MASTER LAILA

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, Sabtu saya pergi kelas coaching yang dianjurkan oleh Master Laila kat Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Saya pergi dengan ditemani oleh suami dan anak yang ketiga, Humaira. Oh ye, dalam kelas ni, suami boleh ikut begitu jugak dengan anak-anak. Kan best macam tu. Ibu-ibu tekun mendengar penerangan dari Master Laila manakala anak-anak bermain kat belakang kelas.


Apa yang saya belajar

Banyak sebenarnya yang diajar dalam kelas ni. Mula-mula diceritakan serba ringkas tentang latar belakang Master Laila dan pembabitan beliau dalam Shaklee. 

Kemudian kami diajar untuk mengira bonus. Sekarang baru la saya clear macam mana nak kira bonus.

Dalam kelas ni jugak kami diajar cara-cara membuat ayat promosi iaitu 5 Lampu Ajaib. Apa tu? Ops, yang ni khas untuk mereka yang berdaftar dalam group Jutawan je tau.
                        


Harapan dengan Shaklee

Sesiapa pun kalau menjalankan bisnes mesti nak bisnesnya bertambah maju dan sukses. Begitu jugak dengan saya. Dengan adanya ilmu, dapatlah saya aplikasikan dalam bisnes Shaklee ni.

Sebahagian peserta yang hadir menuntut ilmu.

Amik aura Master Laila

Oh ye, lepas abis kelas kami semua dijemput menjamu selera di Cafe Cinta Sayang Resort. Makanannya pun sedap-sedap. Dah la dapat ilmu, dapat makan pulak tu. Terima kasih Master.

InsyaAllah pasni saya akan join lagi mana-mana kelas untuk memantapkan lagi ilmu.

No comments:

Post a Comment